Isnin, Julai 21, 2008

Isnin, Julai 14, 2008

Update!!



Assalamualaikum.

Alamak! Sori la rakan-rakan sebab dah lama tak update.

So, straight to the point.

Gathering Sabtu ni jadik. Mula pukul 11 pagi.

Sapa yang belum bayar, bolehlah membayarnya kepada Adham atau Jaja atau Fahmi ataupun Hadi.

ataupun di bank-in ke akaun

Mohd. Fahmi bin Yusoff
CIMB Bank
12360013049529

(Sila simpan slip bank yang diberi.)

Bagi yang tak tahu jalan ke Bagan Lalang ataupun tiada kenderaan untuk ke sana, pagi tu ada grup convoy. Rasanya depa nak kumpul kat stesen bas yang tak digunapakai tu. Nanti aku tanya pastu bagitau korang kat blog ni.

Itu je kot. Kalau inginkan lebih info, silalah tanya orang-orang yang aku sebut di atas. Aku hanya boleh update blog ni paling awal pada hari Khamis kerana aku akan outstation. Haha.

Rakan-rakan. Ingin aku ingatkan diri aku sendiri pastu anda semua. Untuk gathering kita ni, niat kita kena betul. Walaupun dibuat di Bagan Lalang ke mana-mana ke. Walaupun nanti ada masalah teknikal ke, hujan ke. Kalau niat betul, insyaAllah semua jalan dan semua enjoy. Janganlah banyak sangat komplen. Bagan Lalang tak best la, kenapa tu la, kenapa ni la. Tak kuase I.

OK la. Minta maaf ye kalau ada yang terasa. Bukan apa, benda baik.

Marilah kita menjayakan gathering kita ni.

Orait geng.

Jumpa lagi.

Sabtu, Julai 05, 2008

Bagan Lalang



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jadi hari tu kami pon pergi-lah ke Bagan Lalang dan Port Dickson (dan juga Bandar Baru Bangi dan Bukit Unggul, tapi itu lain cerita); untuk survey-lah katakan.

Akhirnya, Bagan Lalang yang terpaut di hati.

Tempatnya kecil sahaja, tapi kami rasakan sesuai dan kondusif.

Haha. Apapun tengoklah beberapa gambar yang sempat diambil semasa proses survey dijalankan.







Dah tengok-tengok gambar ni, kamu ni dah bayar ke belum? Oh ye, entri berikutnya-lah aku akan beritahu kepada siapa kamu boleh bayar.

Salam perpaduan.

Jumaat, Julai 04, 2008

Gathering 2008

Ni masa form 2 kalau tak silap aku.

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Wah! Kali terakhir blog ni aktif adalah pada tahun 2005. Alhamdulillah, 3 tahun selepasnya dapat kita gunakannya lagi.

So, pendek cerita, plannya begini:

Gathering bekas pelajar SMK Seri Sepang Batch SPM 2002
Tempat: Bagan Lalang, Sepang.
Tarikh: 19 Julai 2008 (Sabtu)
Yuran: RM50


Bagaimana nak bayar dan pada siapa?
Nantikan entri seterusnya.

Maklumat yang lebih terperinci juga akan disusulkan di kemudian hari.

Sekarang, apa yang anda boleh buat untuk menjayakan projek kita ni adalah
1. sediakan yuran
2. hebahkan kepada seberapa ramai yang mungkin
3. berikan cadangan bernas anda

Sebarang soalan ataupun idea bolehlah ditulis di komen di bawah ini.

OK. Hingga di lain waktu.

Salam.

Sabtu, Oktober 01, 2005

koleksi gambar reunion2005

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

atas permintaan ramai juga, di sini aku persembahkan koleksi gambar reunion2005 hari tu yang diambil oleh junior2 kite yang comel2 tu. sila klik gambar di bawah untuk melihat galeri gambar tersebut.


klik sini untuk ke galeri reunion2005


sekiranya korang nak berkongsi gambar korang, bolehlah hantarnye ke azizul.

tapi hantar yang saiz besar sikit ye (sekurang-kurangnye 800x600 piksel).

video "seri sepang dalam kenangan"

assalamualaikum...

walaupun reunion kite dah lama habis dah, ade dekat 3 bulan, tapi atas permintaan ramai, di sini aku sediakan video presentation yang dimainkan waktu reunion dulu yang bertajuk "seri sepang dalam kenangan".

kalau nak tengok saje bolehlah tekan butang play kat bawah nih.



lagu: repercussions oleh call the paramedics.

kalau nak muat turun untuk simpanan korang, boleh klik link nih

[muat turun video "seri sepang dalam kenangan"]

ade dua format video untuk dimuat turun. satu adalah format mpg yang bersaiz agak besar (50MB) tapi kualiti vcd. format satu lagi adalah format divx, hanya 6MB tetapi kualiti biasa. ambikla mane2 ikut suka. nak dua2 pon boleh.

kalau ade ape2 masalah tentang muat turun video ni, hubungi aku di azizul.

enjoy!

wassalam.

Isnin, Julai 11, 2005

terima kasih

Image hosted by Photobucket.com


REUNION2005 pon dah habis. aku tak tau kalau ader orang yang masih menjenguk blog nih tapi aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis kita nih. terima kasih kepada sumer yang datang. walaupun tak mencapai sasaran peserta tapi kira puas hati jugak lah.

terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberi kerjasama kepada kami. terima kasih kepada guru-guru yang hadir walaupun hari tu hari ahad.

tak dilupakan juga kepada ajk2 yang telah bertungkus lumus memastikan reunion kite ni berjaya. jasa korang takkan dilupakan.

aku mintak maap sekiranya ade yang tak berpuas hati dengan majlis kita nih.

dapat juge jumpe member2 lame ye. ade yang dah berubah ade yang masih cam tu lagi. ape2 pon aku harap ade la jugak pengalaman manis yang korang peroleh walaupun sekecil-kecilnya.

sampai sini je kot. harap kite dapat jumpe lagi.

wassalam.

Khamis, Jun 23, 2005

jemputan

assalamualaikum dan salam sejahtera.

pertama sekali aku nak mintak maaf kerana sudah lama tidak meng'update' blog ni.

ok, kite terus ke reunion kite yang akan berlangsung dalam mase beberapa hari lagi. berikut adalah butir-butir yang telah disahkan oleh AJK:

Tarikh: 26 Jun 2005 (Ahad)
Waktu: 9 pagi - 2 petang
Tempat: Kantin SMK Seri Sepang

bagi yang ingin menyertai majlis ini tetapi belum mendaftar, jangan risau, satu kaunter pendaftaran akan disediakan pada hari itu. cume, tolong hubungi fahmi untuk mengesahkan kehadiran anda.

pakaian semasa reunion? datanglah dengan berpakaian kemas dan sopan, dengan lelakinya memakai baju berkolar.

aturcara? insyaAllah, kita ada persembahan, aktiviti ape ntah, slideshow, sesi fotografi dan jangan dilupa, makan2. oleh itu datang jangan tak datang.

jadi, kite jumpa di sana ye.

Sabtu, Jun 04, 2005

hutang emas boleh dibayar

assalamualaikum dan salam perpaduan.

bertemu kita sekali lagi dalam satu lagi episod "jejak reunion2005".

dalam episod ini, kita akan melihat perkembangan terbaru reunion2005 dan bagaimana persiapan sebelum hari bersejarah tersebut. kita juga akan melihat bagaimana sambutan x-student SMK Seri Sepang terhadap majlis perhimpunan bekas pelajar ini.

bersambung...

Selasa, Mei 17, 2005

5 Sains 2002 lagi!!

nih ade gambar betul 5 Sains 2002 lak.

5 Sains tahun 2002
ni sebahagian daripada 5 Sains 2002. bile depa tangkap gambar ni pon aku tak ingat. hensem giler mamat tu!!


pelajar pompuan
ni plak sebahagian daripada pelajar pompuan. mana ko poompavai?



mungkin ade yang pikir
:

apehal asyik letak gambo 5 Sains je ni?
mane gambo budak kelas lain?
adekah ini satu konspirasi yang dikenakan ke atas budak-budak kelas lain?


jawapan:

dah budak kelas lain tak hantor gambo kat aku, mane aku nak letaknye, ye dak?

oleh itu, antarlah gambar anda kalau nak publisiti murahan macam budak2 5 Sains ni.

sekian, terima kasih.

jangan marah2 nanti kena jual.

Sabtu, Mei 14, 2005

5 Sains 2002



5 Sains 2002


atas ni adelah lukisan pelajar-pelajar kelas 5 Sains SMKSS tahun 2002. cube try test tengok kalau korang boleh namakan sumer orang dalam lukisan nih. tuliskan dalam komen. nampak tak aku? tak nampak? yang paling hensem dan macho tu aku la.

adakah kite semua dapat berkumpul dan berposing seperti itu pada 26 Jun ini. ntahlah....

lukisan di atas adalah milik saudari ng yee wen dan telah dilukis oleh allahyarham mohd ikhlas mohd azzman.

Rabu, Mei 11, 2005

ABC

assalamualaikum dan salam sayang.

pertama sekali aku nak memohon maap kerana tidak mengemas kinikan blog ni dengan kerap. aku baru pulang dari hutan amazon mengutip sampel2 siput.

ok. mari kite tengok ape perkembangan reunion kite ni.

A untuk ayam
atas permintaan ramai, tarikh tutup pendaftaran telah dilanjutkan hingga ke 20 Mei 2005. jadi sape yang blom daftar lagi tapi ingin join reunion ni, tak reti2 lagi ke nak daftar?

tapi (ade tapi lagi) anda boleh bayar selepas 20 Mei, namun bayaran yang akan dikenakan adalah RM30 sorang. dengan syarat sila bagi name anda dan konpemkan anda akan datang sebelum 20 Mei.

sebagai rumusan:
daftar sebelum 20 Mei: RM15 seorang
daftar selepas 20 Mei: RM30 seorang (tetapi bagi nama dulu sebelum 20 Mei)


B untuk bola
senarai nama yang dah daftar yang bergerak2 kat atas tu adalah sebahagian je. ade ramai lagi. bagi yang name die takde kat atas tu jangan kecik hati lak. sape suruh tak isi borang lepas bayar. kan dah takde name kat situ. tapi aku akan menambahnya sedikit demi sedikit.


C untuk cawan
alamak aku dah lupe nak tulis ape lagi. oklah lain kali aku tambah lagi. ape2 soalan emelkan ke azizul. ataupun hubungi talian hotline fahmi.


D untuk dodol
ha...baru ingat satu. korang jangan la menyalah gunakan tag-board kat sebelah kiri ni. aku boleh jejak sape yang tulis mesej2 tak senonoh ni. dan aku bleh delete ape2 mesej semahu aku. walaupun ko gune nickname tapi aku tau siape kamu. hahahaha.... (gelak jahat). oleh itu, berhati-hati.


E untuk erra fazira
oklah sampai di sini saje untuk kali ini. aku nak balik rumah minum kopi 3-in-1. marilah bersama-sama menjayakan reunion ini. buktikan bahawa seri sepang pon boleh buat gak. hendak seribu daya, taknak seribu dalih.

bak kata m. nasir dalam pgl:

setapak melangkah, dua tapak ingatan kanda kepada adinda.

layar berbelok-belok,
sawah dibongkar di tempat tenang,
yang tinggal hati tak elok,
yang pergi hati tak senang.

wassalam...

Ahad, April 17, 2005

perkembangan terkini lagi

OK. ini cerita terbaru mengenai REUNION2005.

1. ramai yang telah mendaftar (dan membayar). namun begitu lebih ramai lagi yang belum. jika trend ini berlanjutan, objektif kami untuk mengumpulkan sebahagian besar daripada bekas-bekas pelajar sekohort dalam satu majlis mungkin tidak akan kesampaian.

ingin ditekankan lagi bahawa tarikh tutup pendaftaran adalah 1 Mei 2005. jika anda bercadang untuk membayar pada hari REUNION2005 jangan haraplah kami akan menerima anda kerana pada masa itu jamuan makanan, bilangan kerusi dan sebagainya telah terlebih dahulu di'booking' untuk yang telah mendaftar pada masanya.

perlu diingatkan sekali lagi bahawa duit pendaftaran anda itu akan digunakan untuk menempah tempat dan membeli jamuan makanan selepas 1 Mei 2005. jika banyak duit yang kami terima, maka tempat pon akan best dan makanan pon akan banyak. dan jika duit mencukupi kami akan menjemput artis jemputan dengan set persembahan yang lengkap. jadi semuanya bergantung kepada anda.

saya perlu menekankan perkara2 ini kerana ramai yang berpendapat bahawa mereka boleh senang-lenang membayar pada hari REUNION2005 diadakan.

lagi satu, jika anda fikir RM15 adalah satu yuran yang mahal, fikir lagi. saya mengambil kata2 seorang rakan setelah beliau mendengarnya "15 ringgit tu mahal? nak makan ape? ingat ni jamuan sekolah ke?" jika anda tidak percaya tanyalah sesape yang telah menghadiri reunion dan tanyakan berapa yuran yang dikenakan.


2. kami memerlukan beberapa sukarela untuk mengetuai AJK2 tertentu untuk melicinkan lagi proses menjayakan REUNION2005. jika anda berminat dan fikir anda berdedikasi, rajin dan juga berwibawa anda diminta untuk menghubungi mohd fahmi di nombor yang telah ditulis pada entry2 lepas ataupun emel kepada azizul.


3. satu sesi slideshow pada REUNION2005 sedang dalam perancangan dan kami memerlukan bantuan anda. sekiranya anda mempunyai gambar-gambar semasa di sekolah dulu dan anda ingin mengembalikan nostalgia lama pada reunion nanti, silalah scan kan gambar-gambar itu dalam format jpg sekurang2nya dalam resolusi 1024x768 piksel dan emel kan ke azizul[at]gmail.com


terima kasih. kerjasama anda amatlah diperlukan.

Rabu, April 06, 2005

soalan dan jawapan lagi

ya... berikut adalah soalan dan jawapan lagi. nak tanye apa tanye lagi kat azizul
orang kata malu bertanya sesat jalan...

sebenarnya yang kena datang tue budak SMKSS yang ape?? means, sume budak2 form5 2002 @ budak2 baya kite yang penah sek kat situ dari 1998-2002?? even diorang dah pindah sek lain??

yang kena datang adalah budak SMKSS yang bertocang dan mempunyai lima ringgit di dalam dompet mereka. sebenarnya REUNION2005 adalah untuk semua yang pernah bersekolah di smkss antara tahun 1998 hingga tahun 2002. dengan kata lain yang mengambil spm pada 2002 (tak semestinya di smkss) dan kebanyakannya berumur 17 tahun pada tahun itu. tak boleh kata semua sebaya kerana ada yang setahun lebih tua atau setahun lebih muda. majlis ini adalah untuk semua pelajar form 5 2002 dan juga untuk yang telah berpindah pada bila-bila masa. kepada mereka yang tiga tahun di smkss, ataupun dua tahun, ataupun setahun, ataupun sebulan, anda semua dijemput hadir. jangan malu-malu jangan segan-segan. kedatangan anda dialu-alukan. lebih ramai lebih meriah. sila daftar sekarang. kemasukan hanya akan diterima kepada mereka yang telah mendaftar dan membayar sebelum atau pada tarikh akhir pendaftaran.


pengiring yang kami boleh bawak tu sape?

ha... maksud pengiring di sini adalah sesape yang nak ikut anda di REUNION2005 dan mereka bukanlah dari batch yang dimaksudkan. sesapelah. emak ke bapak ke adik ke atuk ke makcik ke jiran ke. boipren atau gelpren tu boleh gak tapi jangan buat maksiat plak mase kat sane. kami taknak tanggung. sumer dah beso panjang taulah jage diri ye tak? walau sape pon anda nak bawak anda tetap kene bayarkan untuk depa RM15 sekepala. tapi taknak bawak pon takpe.

Jumaat, April 01, 2005

apa kata anda?

hmm.... ramai jugak yang dah mendaftar. ini sudah bagus. ramai juge yang telah memberi pendapat. ini lagi bagus. ini ada satu cadangan daripada seorang yang telah mendaftar :
"apa kata semua bekas pelajar pakai baju sekolah semula....
ada rasa kenangan lama muncul semula......hope anda mempertimbangkan idea ini
"

apa kata anda?


anda nak pakai baju ape di REUNION2005?
baju sekolah
baju raya
baju tido

  




keputusan bancian ini tidak akan menentukan pakaian semasa REUNION2005. ini semua bergantung kepada urusetia. jadi, baik-baiklah dengan fahmi.

Isnin, Mac 28, 2005

cara pendaftaran

ingin mendaftar untuk REUNION2005? berikut adalah caranya. pendaftaran hanya diterima sebelum 1 Mei 2005.

1. pembayaran
ada beberapa cara pembayaran. pertama, bank transfer/bank-in. anda boleh memindahkan sebanyak RM15 ke akaun bank BCB

fahmi

simpan slip bank yang diberi sebagai bukti pembayaran.

atau cara kedua, wang pos. sila hantar wang pos bernilai RM15 yang telah diisi lengkap ke

fahmi

sila simpan nombor siri semua wang pos sebagai bukti pembayaran.

ataupun cara ketiga, anda jumpa sendiri dengan Mohd Fahmi dan berikan RM15 kepadanya. tetapi jangan lupa untuk mengisi borang di bawah.

andainya anda ingin membawa pengiring (bukan batch 1998-2002 smkss) ke REUNION2005, sila bayar RM15 untuk setiap pengiring.


2. sila copy-n-paste borang di bawah dan isikannya. hantarkan ke azizul.

nama penuh:
nama panggilan ketika di sekolah:
kelas terakhir di SMKSS:
no. telefon:
alamat tetap:
emel:
bawa pengiring?:
nama pengiring:
jumlah dibayar:
wang pos/bank transfer?:
tarikh pembayaran:
no. rujukan bank/no. siri wang pos:
komen/cadangan:


3. setelah kami menerima emel di atas yang diisi lengkap dan bayaran anda telah diterima, kami akan menghubungi anda sebagai pengesahan.


4. selamat datang ke REUNION2005!

Sabtu, Mac 26, 2005

kekeliruan

terima kasih atas pendapat anda. kami memang memerlukannya kerana kami pon tak pernah meng'organise' reunion sebelum ini. jadi teruskan menghantarnya. nampaknya ade beberapa kekeliruan dan kesilapan teknikal. setelah berbincang dengan ajk tertinggi, tarikh dan waktu REUNION2005 telah diubah ke:

Tarikh: 26 Jun 2005
Hari: Ahad
Waktu: 10 pagi

cara pendaftaran dan pembayaran akan diberitahu kelak setelah beberapa masalah teknikal diuruskan. kerjasama dan sokongan anda amatlah dihargai.

harap maaf dan harap maklum.

assalamualaikum.

Selasa, Mac 22, 2005

soalan dan jawapan

saya menerima beberapa soalan daripada seorang bekas pelajar. di bawah adalah jawapannya. anda mempunyai soalan-soalan lain? hantarkan ke azizul[at]gmail.com

apa aktiviti yg akan dijlnkan?
aktiviti yang pasti adalah.......makan. jadi datang jangan tak datang. kalau tak datang maka ada lebih makanan untuk yang datang. hahahaha.....
ok.... aktiviti lain adalah ucapan, mungkin ada sedikit permainan (saya tak sure main ape, lari dalam guni kot. itu kene tanye fahmi), sesi fotografi. aktiviti-aktiviti lain sedang dalam perancangan.


kalu tak blh dtg kene marah ke?

kalau tak datang bukan sahaja kena marah, malah anda akan didakwa seperti mereka yang tak menyertai PKN. kemudian nama anda akan disiarkan di akhbar-akhbar utama negara. takdelah. kalau tak datang takde ape yang akan berlaku tapi anda akan melepaskan peluang untuk bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah dahulu dan melihat perkembangan masing-masing. ade yang dah berisi ke, masih kurus ke (hehe...terase lak saye), semakin ayu ke, dah kahwin ke, dah botak ke? saya tekankan lagi salah satu objektif REUNION2005 adalah untuk menyambung kembali tali silaturahim yang telah terputus dan mane tahu kalau-kalau kite memerlukan pertolongan satu sama lain pada masa akan datang.


kalu buat kt bdr baru bangi blh tak sbb umah sye kt bangi??
banyak cantik. hehehe...idealnye kalau REUNION2005 dibuat di SMK Seri Sepang sendiri. tetapi ini semua bergantung kepada jumlah peserta yang hadir. sekiranya bilangan yang mendaftar adalah lebih daripada yang dijangka, mungkin program ini akan dijalankan di dalam dewan tertutup yang dikhaskan. oleh itu, silalah daftar secepat mungkin. namun begitu, jika anda boleh menaja ballroom di hotel terkemuka di bandar baru bangi, mungkin boleh dipertimbangkan.


utk X stud yg dok jejauh, takde transport percume ke?
malangnya untuk bekas pelajar yang duduk jauh, kos pengangkutan tidak akan diberi. oleh kerana program ini telah dirancang untuk berjalan pada waktu malam, mereka yang duduk jauh boleh menumpang di rumah rakan-rakan sesekolah yang lain yang tinggal berdekatan pada malam tersebut. beberapa rumah akan disediakan bagi tujuan ini, sudah pasti rumah-rumah diasingkan bagi lelaki dan perempuan. satu lagi alternatif adalah anda menginap di empress hotel yang tersergam indah di tengah-tengah bandar baru salak tinggi. tapi.....bayar sendiri.


bayaran nape mahal sgt? takde diskaun ke??
setakat ini kami tidak menerima tajaan untuk menampung kos perbelanjaan REUNION2005 dan ajk pelaksana sendiri adalah pelajar-pelajar dan tidak mempunyai pendapatan tetap. diskaun? jadilah tukang masak sepenuh masa kami dan anda akan mendapat diskaun 20%. tetapi ingin saya menyatakan di sini bahawa sebarang lebihan daripada wang yang diterima akan disalurkan kepada tabung kebajikan SMK Seri Sepang.


makanan ape yg disediakan?
banyak makanan yang akan disediakan oleh chef-chef handalan dari sekitar daerah sepang dan kawasan nilai. antara menu yang telah dicadangkan adalah sate, air oren dan lengkong. jangan risau, banyak lagi makanan sedang difikirkan. sumbangan anda, walau apa pun sangatlah dialu-alukan. sila hubungi mohd fahmi andainya anda berminat untuk memberi sumbangan.


pakaian kene formal ke?
pakaian adalah semi-formal. yang penting, pakaian haruslah kemas, sopan, menutup aurat (terutamanya kepada muslim). peminat-peminat zahid AF2 haruslah memakai pakaian berwarna oren.


terima kasih. silalah hebahkan kepada yang lain.

Ahad, Mac 20, 2005

REUNION 2005

reunion2005

assalamualaikum dan selamat sejahtera

kepada bekas pelajar smkss sekohort dari tahun 1998 hingga 2002.

REUNION 2005

teringat kepada rakan-rakan sekelas dahulu? rindu kepada sahabat yang telah lama tidak berhubung? ingin mencuba mengorat si dia setelah gagal ketika di sekolah kerana malu-malu? tidak sempat menuntut hutang daripada kawan sesekolah?

anda boleh menjawab soalan-soalan di atas dan yang lain dengan memeriahkan REUNION 2005 dan kembali mengeratkan tali silaturahim yang mungkin telah terputus setelah sekian lama tidak bersua. maklumat mengenai REUNION 2005 adalah seperti berikut:

tarikh: 25 Jun 2005
hari : Sabtu
waktu: 8.00 malam
tempat: akan diberitahu kemudian tetapi di Bandar Baru Salak Tinggi

pendaftaran mula dibuka sekarang sehingga 1 Mei 2005 dan yuran pendaftaran adalah sebanyak RM15. pendaftaran lewat tidak akan dilayan.

lebihan daripada kutipan wang akan disalurkan kepada tabung kebajikan SMK Seri Sepang.

untuk maklumat lanjut atau ingin mendaftar, sila hubungi fahmi atau e-mail azizul.

pengelolaan REUNION 2005 bukanlah bertujuan untuk mencari keuntungan malah diatur oleh bekas pelajar sendiri yang mempunyai tugas-tugas peribadi lain. oleh itu, sumbangan anda, samada dalam bentuk tenaga, wang ringgit, idea, ataupun tajaan makanan adalah sangat dialu-alukan.

perkembangan mengenai REUNION 2005 boleh dijejaki di http://serisepang.blogspot.com

sila hebah-hebahkan kepada bekas pelajar sekohort yang lain.

kerjasama anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sabtu, Mac 19, 2005

disclaimer

blog ini bukanlah website rasmi smk seri sepang. segala pendapat, komen dan berita yang dipaparkan dalam blog ini bukanlah dari sumber rasmi smk seri sepang. blog ini dibangunkan oleh sekumpulan bekas pelajar smk seri sepang yang menyayangi sekolah lama mereka. hihihi....sekian, terima kasih.