Isnin, Mac 28, 2005

cara pendaftaran

ingin mendaftar untuk REUNION2005? berikut adalah caranya. pendaftaran hanya diterima sebelum 1 Mei 2005.

1. pembayaran
ada beberapa cara pembayaran. pertama, bank transfer/bank-in. anda boleh memindahkan sebanyak RM15 ke akaun bank BCB

fahmi

simpan slip bank yang diberi sebagai bukti pembayaran.

atau cara kedua, wang pos. sila hantar wang pos bernilai RM15 yang telah diisi lengkap ke

fahmi

sila simpan nombor siri semua wang pos sebagai bukti pembayaran.

ataupun cara ketiga, anda jumpa sendiri dengan Mohd Fahmi dan berikan RM15 kepadanya. tetapi jangan lupa untuk mengisi borang di bawah.

andainya anda ingin membawa pengiring (bukan batch 1998-2002 smkss) ke REUNION2005, sila bayar RM15 untuk setiap pengiring.


2. sila copy-n-paste borang di bawah dan isikannya. hantarkan ke azizul.

nama penuh:
nama panggilan ketika di sekolah:
kelas terakhir di SMKSS:
no. telefon:
alamat tetap:
emel:
bawa pengiring?:
nama pengiring:
jumlah dibayar:
wang pos/bank transfer?:
tarikh pembayaran:
no. rujukan bank/no. siri wang pos:
komen/cadangan:


3. setelah kami menerima emel di atas yang diisi lengkap dan bayaran anda telah diterima, kami akan menghubungi anda sebagai pengesahan.


4. selamat datang ke REUNION2005!

Sabtu, Mac 26, 2005

kekeliruan

terima kasih atas pendapat anda. kami memang memerlukannya kerana kami pon tak pernah meng'organise' reunion sebelum ini. jadi teruskan menghantarnya. nampaknya ade beberapa kekeliruan dan kesilapan teknikal. setelah berbincang dengan ajk tertinggi, tarikh dan waktu REUNION2005 telah diubah ke:

Tarikh: 26 Jun 2005
Hari: Ahad
Waktu: 10 pagi

cara pendaftaran dan pembayaran akan diberitahu kelak setelah beberapa masalah teknikal diuruskan. kerjasama dan sokongan anda amatlah dihargai.

harap maaf dan harap maklum.

assalamualaikum.

Selasa, Mac 22, 2005

soalan dan jawapan

saya menerima beberapa soalan daripada seorang bekas pelajar. di bawah adalah jawapannya. anda mempunyai soalan-soalan lain? hantarkan ke azizul[at]gmail.com

apa aktiviti yg akan dijlnkan?
aktiviti yang pasti adalah.......makan. jadi datang jangan tak datang. kalau tak datang maka ada lebih makanan untuk yang datang. hahahaha.....
ok.... aktiviti lain adalah ucapan, mungkin ada sedikit permainan (saya tak sure main ape, lari dalam guni kot. itu kene tanye fahmi), sesi fotografi. aktiviti-aktiviti lain sedang dalam perancangan.


kalu tak blh dtg kene marah ke?

kalau tak datang bukan sahaja kena marah, malah anda akan didakwa seperti mereka yang tak menyertai PKN. kemudian nama anda akan disiarkan di akhbar-akhbar utama negara. takdelah. kalau tak datang takde ape yang akan berlaku tapi anda akan melepaskan peluang untuk bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah dahulu dan melihat perkembangan masing-masing. ade yang dah berisi ke, masih kurus ke (hehe...terase lak saye), semakin ayu ke, dah kahwin ke, dah botak ke? saya tekankan lagi salah satu objektif REUNION2005 adalah untuk menyambung kembali tali silaturahim yang telah terputus dan mane tahu kalau-kalau kite memerlukan pertolongan satu sama lain pada masa akan datang.


kalu buat kt bdr baru bangi blh tak sbb umah sye kt bangi??
banyak cantik. hehehe...idealnye kalau REUNION2005 dibuat di SMK Seri Sepang sendiri. tetapi ini semua bergantung kepada jumlah peserta yang hadir. sekiranya bilangan yang mendaftar adalah lebih daripada yang dijangka, mungkin program ini akan dijalankan di dalam dewan tertutup yang dikhaskan. oleh itu, silalah daftar secepat mungkin. namun begitu, jika anda boleh menaja ballroom di hotel terkemuka di bandar baru bangi, mungkin boleh dipertimbangkan.


utk X stud yg dok jejauh, takde transport percume ke?
malangnya untuk bekas pelajar yang duduk jauh, kos pengangkutan tidak akan diberi. oleh kerana program ini telah dirancang untuk berjalan pada waktu malam, mereka yang duduk jauh boleh menumpang di rumah rakan-rakan sesekolah yang lain yang tinggal berdekatan pada malam tersebut. beberapa rumah akan disediakan bagi tujuan ini, sudah pasti rumah-rumah diasingkan bagi lelaki dan perempuan. satu lagi alternatif adalah anda menginap di empress hotel yang tersergam indah di tengah-tengah bandar baru salak tinggi. tapi.....bayar sendiri.


bayaran nape mahal sgt? takde diskaun ke??
setakat ini kami tidak menerima tajaan untuk menampung kos perbelanjaan REUNION2005 dan ajk pelaksana sendiri adalah pelajar-pelajar dan tidak mempunyai pendapatan tetap. diskaun? jadilah tukang masak sepenuh masa kami dan anda akan mendapat diskaun 20%. tetapi ingin saya menyatakan di sini bahawa sebarang lebihan daripada wang yang diterima akan disalurkan kepada tabung kebajikan SMK Seri Sepang.


makanan ape yg disediakan?
banyak makanan yang akan disediakan oleh chef-chef handalan dari sekitar daerah sepang dan kawasan nilai. antara menu yang telah dicadangkan adalah sate, air oren dan lengkong. jangan risau, banyak lagi makanan sedang difikirkan. sumbangan anda, walau apa pun sangatlah dialu-alukan. sila hubungi mohd fahmi andainya anda berminat untuk memberi sumbangan.


pakaian kene formal ke?
pakaian adalah semi-formal. yang penting, pakaian haruslah kemas, sopan, menutup aurat (terutamanya kepada muslim). peminat-peminat zahid AF2 haruslah memakai pakaian berwarna oren.


terima kasih. silalah hebahkan kepada yang lain.

Ahad, Mac 20, 2005

REUNION 2005

reunion2005

assalamualaikum dan selamat sejahtera

kepada bekas pelajar smkss sekohort dari tahun 1998 hingga 2002.

REUNION 2005

teringat kepada rakan-rakan sekelas dahulu? rindu kepada sahabat yang telah lama tidak berhubung? ingin mencuba mengorat si dia setelah gagal ketika di sekolah kerana malu-malu? tidak sempat menuntut hutang daripada kawan sesekolah?

anda boleh menjawab soalan-soalan di atas dan yang lain dengan memeriahkan REUNION 2005 dan kembali mengeratkan tali silaturahim yang mungkin telah terputus setelah sekian lama tidak bersua. maklumat mengenai REUNION 2005 adalah seperti berikut:

tarikh: 25 Jun 2005
hari : Sabtu
waktu: 8.00 malam
tempat: akan diberitahu kemudian tetapi di Bandar Baru Salak Tinggi

pendaftaran mula dibuka sekarang sehingga 1 Mei 2005 dan yuran pendaftaran adalah sebanyak RM15. pendaftaran lewat tidak akan dilayan.

lebihan daripada kutipan wang akan disalurkan kepada tabung kebajikan SMK Seri Sepang.

untuk maklumat lanjut atau ingin mendaftar, sila hubungi fahmi atau e-mail azizul.

pengelolaan REUNION 2005 bukanlah bertujuan untuk mencari keuntungan malah diatur oleh bekas pelajar sendiri yang mempunyai tugas-tugas peribadi lain. oleh itu, sumbangan anda, samada dalam bentuk tenaga, wang ringgit, idea, ataupun tajaan makanan adalah sangat dialu-alukan.

perkembangan mengenai REUNION 2005 boleh dijejaki di http://serisepang.blogspot.com

sila hebah-hebahkan kepada bekas pelajar sekohort yang lain.

kerjasama anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sabtu, Mac 19, 2005

disclaimer

blog ini bukanlah website rasmi smk seri sepang. segala pendapat, komen dan berita yang dipaparkan dalam blog ini bukanlah dari sumber rasmi smk seri sepang. blog ini dibangunkan oleh sekumpulan bekas pelajar smk seri sepang yang menyayangi sekolah lama mereka. hihihi....sekian, terima kasih.